LIAN CHEN HIGHWAY SDN. BHD. adalah sebuah syarikat kontraktor Gred G3 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Pusat pentadbiran kami terletak di Johor, Malaysia. Kami merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan pada 2 Jun 2009, dan telah berjaya menyiapkan pelbagai projek pembinaan jalan raya.
Selain itu, syarikat kami juga telah berdaftar dengan EDGENTA INFRASTRUCTURE SERVICES SDN BHD sebagai kontraktor dan pembekal sejak Disember 2012. Kami telah menjalankan banyak projek jalan raya dan telah membekal atau menyewakan jentera untuk projek-projek jalan raya sehingga kini. Tambahan pula, syarikat kami baru-baru ini berdaftar dengan Pusat Pembangunan Pembinaan Johor (JCCD) pada awal 2019.